Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis lancar QQI, penjana masa depan teknologi

    GENEVA, 6 MAC – Para saintis akan berusaha untuk menyalurkan kuasa besar komputer kuantum yang baharu muncul untuk kebaikan bersama di sebuah institut baharu dibuka di Geneva kelmarin, kata pengasasnya.

    Institut Kuantum Terbuka (QQI) menyeru para penyelidik dari seluruh dunia untuk menentukan aplikasi masa depan yang sangat menjanjikan untuk teknologi pantas dan memastikan ia terbuka dan boleh diakses oleh semua.

    “Pengkomputeran kuantum mempunyai potensi untuk mengubah hampir segala-galanya,” kata Pengerusi Sidang Kemuncak Jangkaan Sains dan Diplomasi Geneva (GESDA), Peter Brabeck-Latmathe, yang mengendalikan projek itu.

    Beliau memberitahu AFP teknologi masa depan dijangka ‘1,000 hingga 10,000 kali lebih kuat daripada kuasa pengkomputeran yang kita ada hari ini,’ sambil menegaskan adalah penting untuk mula berfikir lebih mendalam tentang cara untuk mentadbirnya dan memastikan ia digunakan untuk kebaikan.

    Semasa majlis kelmarin di Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di mana institut itu akan ditempatkan dalam tempoh perintis tiga tahunnya, setelah pakar merumuskan perbincangan sehari bengkel yang memfokuskan kepada pelbagai visi untuk peranannya.

    Sementara itu, ketua CERN, Fabiola Gianotti, berkata makmal penyelidikan nuklear yang terkenal adalah tempat sesuai untuk pusat itu di mana ia akan mendapat manfaat daripada pengalaman panjangnya dalam ‘menggunakan kemajuan saintifik dan teknologi untuk manfaat masyarakat.’

    Pengkomputeran kuantum menggabungkan kemajuan dalam pemahaman saintifik tentang dunia subatomik dengan lonjakan dalam teori maklumat untuk menyelesaikan masalah matematik yang mustahil untuk komputer konvensional masa kini.

    Walaupun komputer tradisional memproses maklumat dalam bit yang boleh diwakili oleh 0 atau 1, komputer kuantum menggunakan qubit, yang boleh menjadi gabungan kedua-duanya pada masa yang sama, membolehkannya menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

    Komputer kuantum komersil pertama masih dipercayai sehingga 10 tahun lagi dan teknologi itu tidak dijangka dibina sepenuhnya sebelum sekitar 2050. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Brabeck-Letmathe (kiri) berdiri di sebelah Gianotti semasa pelancaran OQI di CERN di Meyrin, Geneva, pada 13 Oktober 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda