Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Saintis: Makan strawberi bantu lindungi otak

    CHICAGO, 11 OGOS – Memakan strawberi boleh membantu melindungi otak daripada Alzheimer dengan mengurangkan keradangan, dakwa saintis.

    Sepasukan penyelidik yang diketuai oleh Universiti Rush di Chicago, Illinois mendapati warga emas berusia lebih 65 tahun yang kerap makan buah-buahan mempunyai lebih sedikit protein tau dalam otak mereka, yang boleh menyebabkan penyakit melemahkan pada daya penumpuan lebih tinggi.

    Strawberi adalah salah satu sumber utama pelangonidin, yang dianggap sebagai anti-radang.

    Buah-buahan lain termasuk raspberi, kacang merah, plum dan lobak.

    Bagaimanapun, para saintis memberi amaran, kajian itu masih dalam pemerhatian bermakna ia tidak dapat membuktikan sama ada strawberi sebenarnya yang melindungi daripada penyakit itu atau faktor lain.

    Diterbitkan minggu lalu dalam Journal of Alzheimer’s Disease, kajian tersebut melihat otak 575 pesakit yang telah meninggal dunia dengan purata umur 91 tahun, tidak ada yang mendapat Alzheimer.

    Selama lebih daripada dua dekad sebelum kematian mereka, masing-masing telah mengisi tinjauan setiap tahun mengenai diet mereka yang membolehkan penyelidik mengesannya.

    Tiada yang menghidap Alzheimer.

    Mereka juga diuji keupayaan kognitif diuji setiap tahun.

    Hasil daripada bedah siasat menunjukkan antara kumpulan yang makan paling banyak strawberi, dilihat memiliki kepekatan protein tau yang paling rendah.

    Penulis kajian berkenaan juga berkata mereka tidak menemui kaitan antara tahap protein tau dan mereka yang mempunyai gen APOE-4, yang dianggap meningkatkan risiko penyakit tersebut.

    Menjelaskan keputusan itu, Dr Julie Schneider, pakar neuropatologi yang mengetuai kajian tersebut, berkata: ‘Kami mengesyaki sifat antiradang pelargonidin boleh mengurangkan keradangan saraf secara keseluruhan, yang mungkin mengurangkan pengeluaran cytokines.’

    Cytokines ialah protein yang dihasilkan oleh sel yang boleh mencetuskan tindak balas keradangan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...