Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis New Zealand temui ‘jerung hantu’

    WELLINGTON, 24 SEPT – Para saintis di New Zealand hari ini berkata bahawa mereka telah menemui spesies baharu ‘jerung hantu,’ sejenis ikan yang berkeliaran di dasar Lautan Pasifik dan dikesan memburu mangsa lebih satu kilometer di bawah laut.

    Spookfish hidung sempit Australasia ditemui hidup di perairan dalam Australia dan New Zealand, menurut saintis dari Institut Kebangsaan bagi Penyelidikan Air dan Atmosfera (NIWA) yang berpangkalan di Wellington.

    Spesimen itu ditemui semasa penyelidikan di Chatham Rise, kawasan Pasifik sepanjang kira-kira 1,000 kilometer ke timur berhampiran Pulau Selatan di New Zealand.

    Jerung hantu, atau chimaera, berkait rapat dengan jerung dan pari, tetapi merupakan sebahagian daripada kumpulan ikan yang rangka sepenuhnya terdiri daripada tulang rawan.

    Juga dikenali sebagai spookfish, jerung hantu mempunyai mata hitam yang menakutkan dan kulit licin berwarna coklat muda tanpa sisik.

    Ikan tersebut memakan krustasea pada kedalaman sehingga 2,600 meter menggunakan mulut berbentuk paruh yang unik. “Jerung hantu seperti ini sebahagian besarnya terhad kepada dasar laut,” kata saintis penyelidikan, Brit Finucci. – AFP

    Gambar daripada NIWA menunjukkan spesimen jerung hantu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda