MIAMI – Beberapa batu karang berkilau-kilauan seperti emas dalam sebuah makmal Amerika Syarikat yang merupakan sebahagian daripada projek penting untuk membantu spesies itu melindungi dirinya daripada perubahan iklim, satu usaha yang dilihat oleh pakar sebagai amat wajar. Para penyelidik di Florida berhasrat menentukan sama ada batu karang boleh diselamatkan daripada suhu air meningkat serta keasidan