JAKARTA, 17 Mac 2008 – Burung yang pertama dilaporkan ditemui di pulau terpencil Indonesia, Togian pada 1996 telah diisytiharkan spesies yang baharu ditemui, kata pakar taksonomi terkenal di negara Asia Tenggara itu.
Togian mata putih atau Zosterops Somadikartai dinamakan sempena pakar taksonomi Soekarja Somadikarta dan sedang diperkenalkan dalam edisi Jurnal Ornitologi The Wilson, menurut kenyataan akhbar dari institut Sains Indonesia.
Somadikarta berkata rakan sekerjanya, Mochamad Indrawan, orang pertama menemui burung kecil dengan bulu hijau dan bulu pelepah merah di setiap mata pada 1996.
Pasangan itu menghabiskan beberapa tahun berkerjasama dengan pakar burung Asia, Pamela Rasmussen dari Universiti Negeri Michigan untuk mengenal pastinya sebagai spesies baharu.
Burung dengan paruh merah itu ditemui berhampiran pantai tiga pulau kecil di luar wilayah Sulawesi Indonesia Tengah, kata Somadikarta.
Dia berkata habitatnya adalah kurang daripada 5,000 kilometer persegi.
“Kami fikir ia terancam,” katanya. “Ia amat aktif dan bergerak dalam kumpulan kecil”.
Aktivis kempen spesies terancam WWF berpangkalan di Jakarta, Chairul Saleh berkata dia percaya bahawa burung itu adalah spesies baharu berdasarkan pemerhatian beberapa tahun oleh ahli sains Indonesia dan Amerika Syarikat.
“Spesies baharu adalah berlainan dengan keluarga terdekat Zosterops, atau mata putih. Matanya dikelilingi oleh bulu merah, bukannya putih dan paruhnya adalah merah tua,” katanya.
“Kami masih mengkaji jumlah spesies itu yang dianggarkan berjumlah kurang daripada 1,000 ekor,” tambahnya lagi.