Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis temui penawar sengatan ubur-ubur

    SYDNEY, 1 Mei – Penyelidik Australia percaya mereka menemui satu penawar bagi sengatan ubur-ubur daripada makhluk paling beracun dunia, ubur-ubur kotak.

    Penyelidik di Universiti Sydney menyiasat bagaimana racunnya boleh membawa maut sehinggakan ubur-ubur kotak boleh membunuh sehingga 60 orang.

    Pasukan itu mendapati racun itu memerlukan kolesterol untuk membunuh sel-sel manusia dan memutuskan untuk menguji sama ada ubat-ubat yang ada boleh menghentikannya.

    “Memandangkan banyak ubat-ubat yang tersedia bagi mengawal kolesterol, pasukan ini mencuba salah satu,” kata ketua penyelidik.

    “Ia berkesan,” katanya. “Ia satu penawar molekul.”

    Pasukan itu mendapati ia boleh menghentikan tisu yang luka dan kesakitan berkaitan sengatan sebaik sahaja ubat disuntik dalam masa 15 minit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda