Thursday, July 17, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis temui planet besar mengorbit bintang kecil

    PARIS, 5 JUN – Ahli astronomi mengumumkan kelmarin bahawa penemuan sebuah planet gergasi yang mengorbit sebuah bintang kecil, satu gabungan yang ganjil dan mengejutkan saintis.

    Kebanyakan bintang di galaksi Bima Sakti terdiri daripada bintang kerdil merah seperti TOI-6894, yang hanya mempunyai 20 peratus jisim matahari.

    Sebelum ini, penyelidik tidak menyangka bahawa bintang sekecil dan selemah itu mampu menyediakan keadaan yang membolehkan pembentukan dan kewujudan planet bersaiz besar.

    Namun, sepasukan ahli astronomi antarabangsa mengesan isyarat jelas kewujudan sebuah planet gergasi gas yang mengorbit TOI-6894, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Astronomy.

    Penemuan itu menjadikan TOI-6894 sebagai bintang terkecil yang diketahui setakat ini mempunyai planet gergasi gas.

    Planet itu mempunyai radius sedikit lebih besar daripada Zuhal, namun jisimnya hanyalah separuh daripada planet itu dan mengorbit bintangnya dalam tempoh lebih daripada tiga hari. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda