Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Saintis terkemuka Belanda meninggal dunia akibat kanser

    WASHINGTON, 17 MAC – Pakar primatologi, Frans de Waal, yang kajiannya terhadap cimpanzi dan beruk membantu mendedahkan sifat empati primat, termasuk manusia, telah meninggal dunia pada usia 75 tahun, kata universiti tempat beliau bekerja selama beberapa dekad.

    De Waal, yang memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya, menulis beberapa buku popular dan pada 2007 membuat senarai majalah Time bagi 100 orang paling berpengaruh di dunia, meninggal dunia akibat kanser perut pada 14 Mac, kata Universiti Emory semalam dalam satu kenyataan dan penghormatan di laman webnya.

    Saintis kelahiran Belanda itu menghabiskan beberapa dekad mengkaji cimpanzi dan beruk serta penyelidikan biologi akhirnya membantu menyanggah teori mengatakan primat termasuk manusia secara semula jadi adalah pesaing yang ‘jahat’ dan agresif.

    “De Waal menyangkal idea lama tentang apa yang dimaksudkan sebagai haiwan dan manusia,” kata Emory, yang berpangkalan di Atlanta di negeri Georgia, Amerika Syarikat dalam kenyataannya.

    “Beliau menunjukkan sifat manusia dalam saudara terdekat kita melalui kajiannya mengenai penyelesaian konflik, perdamaian, kerjasama, empati, keadilan, moral, pembelajaran sosial dan budaya dalam cimpanzi, bonobo dan monyet capuchin,” tambahnya. Lynne Nygaard, pengerusi Jabatan Psikologi Emory, menganggap de Waal sebagai ‘pemikir luar biasa’ yang boleh menawarkan ‘wawasan yang merentasi disiplin ilmu’. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Semai nilai empati dan sikap hormat, bantu tangani buli

    KUALA LUMPUR - Ia selalunya bermula secara halus dan...

    Tapak perlindungan cimpanzi Sierra Leone dibuka semula

    FREETOWN, 4 NOV – Sebuah tapak perlindungan terkenal di...

    Penumpang pesawat ditahan seludup dua ekor kera terancam

    MUMBAI, 31 OKT – Pegawai kastam India telah menahan...

    Kesihatan mental asas kesejahteraan diri

    Oleh Sim Y. H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...