Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis teroka ruang magma gunung berapi

    REYKJAVIK, 26 NOV – Sekumpulan penyelidik antarabangsa membuat persediaan untuk menggali sedalam dua kilometer di tengah-tengah gunung berapi Krafla, Iceland, yang terkenal dengan keindahan semula jadi.

    Projek tersebut bertujuan untuk membuat balai cerap magma bawah tanah pertama di dunia. Dilancarkan pada 2014 dan penggalian pertama bakal dimulakan pada 2024, projek bernilai AS$100 juta itu melibatkan pakar saintis dan jurutera dari 38 buah institut penyelidikan dan syarikat di 11 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.

    Pasukan ‘Krafla Magma Testbed’ (KMT) berharap untuk membuat penggalian ke ruang magma gunung berapi. Tidak seperti lahar yang mengalir di atas tanah, batu lebur di bawah permukaan masih kekal misteri.

    KMT adalah balai cerap magma pertama di dunia, Paolo Papale, ahli volkanologi di institut kebangsaan Itali bagi geofizik dan volkanologi INGV, memberitahu AFP.

    Pakar saintis berharap projek itu akan membawa lebih kemajuan dalam asas sains dan kuasa geoterma ‘super hot rock’.

    Mereka turut berharap untuk mengetahui lebih mendalam mengenai ramalan dan risiko gunung berapi.

    “Mengetahui di mana magma itu berada adalah sangat penting” bagi membuat persediaan untuk letusan. “Tanpanya, kami mungkin tidak mengetahui,” kata Papale. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda