SYDNEY, 30 April – Saintis tertua Australia yang mencetuskan keriuhan apabila pihak universiti cuba untuk mengosongkan pejabatnya yang berusia 102 tahun akan terbang ke Switzerland pada awal Mei ini untuk mengakhiri hidupnya, sekali gus mencetuskan perdebatan eutanasia negara.
David Goodall yang kini berusia 104 tidak mempunyai penyakit yang terbatas tetapi kualiti hidupnya telah merosot dan telah mendapatkan temu janji dengan bantuan agensi bantuan akhir hayat di Basel, menurut penyokong eutanasia.
“Saya begitu menyesal kerana mencapai umur ini,” menurut ahli ekologis kepada ABC semasa sambutan ulang tahunnya awal bulan ini. “Saya tidak gembira. Saya mahu mati. Ia bukan perkara yang menyedihkan. Apa yang menyedihkan ialah jika ia dielakkan.
“Perasaan saya adalah warga emas seperti saya perlu mendapatkan hak kerakyatan penuh termasuk hak untuk bantuan bunuh diri,” tambahnya.
Bantuan bunuh diri diharamkan di kebanyakan negara seluruh dunia dan telah dilarang di Australia sehingga wilayah Victoria menjadi yang pertama membenarkan tindakan itu tahun lepas.
Tetapi perundangan yang berkuat kuasa dari Jun 2019, hanya dibenarkan untuk pesakit dan jangka hayat kurang daripada enam bulan.
Beberapa wilayah di Australia telah memperdebatkan eutanasia sebelum ini namun cadangan tersebut selalu tewas, baru-baru ini di New South Wales. – AFP