Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saints sambar Gabbiadini

    SOUTHAMPTON, United Kingdom, 1 Feb – Penyerang antarabangsa Itali Manolo Gabbiadini menyertai finalis Piala Liga Southampton semalam dengan bayaran dipercayai dalam lingkungan 14.5 pound (AS$18.2 juta) dari kelab Serie A, Napoli.

    Pemain berusia 25 tahun itu, yang juga penjaring 58 gol dalam 215 penampilan di Itali, menandatangani kontrak empat setengah tahun dan menjadi harapan kelab untuk mencetak gol selepas skuad kurang menyengat sejak Charlie Austin mengalami kecederaan bahu.

    Gabbiadini yang meraih enam kap dan telah menyertai Atalanta, Sampdoria dan Bologna berkata, beliau telah memenuhi impian masa kanak-kanak untuk bermain di England.

    “Saya amat gembira. Sejak kanak-kanak lagi, salah satu impian saya adalah untuk beraksi dalam salah satu liga terbesar dunia. Jadi sekarang ia sudah tercapai dan saya tidak sabar untuk beraksi,” Gabbiadini memberitahu laman web kelab.

    “Kemudahan yang saya lihat di sini pada tahap luar biasa dengan piawaian tertinggi walaupun untuk Serie A. Inilah kemudahan yang membuat anda mahu datang ke sini dan beraksi secepat mungkin,” tambah Gabbiadini.

    transfer

    Beliau adalah pemain Itali ketiga menyertai Saints dan kelab akan berharap ia akan menjadi sesuatu yang menggembirakan seperti pengalaman Graziano Pelle dan bukan seperti Dani Osvaldo.

    Pengarah Eksekutif Bola Sepak Southampton, Les Reed berkata, ia adalah sedikit kejayaan buat kelab yang mara ke final Piala Liga selepas menewaskan Liverpool.

    “Kami amat gembira kerana menandatangani Manolo Gabbiadini lebih awal daripada beberapa kelab lain yang berminat dengan dia,” kata Reed.

    “Kami telah mengikuti kemajuannya untuk masa yang lama dan telah bekerja keras di belakang tabir untuk memuktamadkan perjanjian bulan ini.

    “Pada usia 25 tahun, kami percaya Manolo boleh memainkan peranan penting dalam baki musim ini, sementara masih mempunyai tahun terbaik di hadapannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda