Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sainz catat masa terpantas ujian F1

    SAKHIR, 23 FEB – Pemandu Ferrari, Carlos Sainz, berjaya mencatatkan masa terpantas dalam ujian Formula Satu kelmarin, menyampaikan peringatan tepat pada masanya tentang bakatnya menjelang musim terakhirnya bersama pasukan gergasi Itali itu.

    Sainz, yang akan melepaskan kedudukannya sebagai pemandu utama kepada juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton pada penghujung 2024, mencatatkan masa terbaik 1 minit 29.921 saat di litar Sakhir.

    Sergio Perez, yang mengambil alih daripada juara bertahan, Max Verstappen dalam Red Bull, ketinggalan 0.758 saat dengan Hamilton berada di tempat ketiga, ketinggalan lebih daripada satu saat dalam Mercedes miliknya.

    Sesi ujian pagi terhenti awal apabila penutup longkang di litar menjadi longgar.

    Kedua-dua Hamilton dan Charles Leclerc melanggar penutup tersebut dengan kereta Ferrari Leclerc mengalami kerosakan sehingga memerlukan penggantian lantai baharu.

    Insiden itu membawa kembali kenangan pahit buat Ferrari. Musim lalu di Las Vegas, penutup lurang menyebabkan kereta Sainz rosak teruk.

    Sementara itu, pengarah pasukan Red Bull, Christian Horner, engan memberikan kenyataan berhubung siasatan yang sedang berlangsung terhadap dakwaan bahawa dia mempamerkan ‘tingkah laku tidak wajar’ terhadap rakan sekerja wanita. – AFP

    Sainz Jr memandu semasa hari kedua ujian pra musim F1 di Litar Antarabangsa Bahrain di Sakhir. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...