MEKAH – Daging gulai kawah, nasi beriani, ayam percik dan sambal sotong, merupakan antara 28 menu yang disajikan kepada jemaah Malaysia sepanjang musim haji 1443 Hijrah. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata setiap tahun pihaknya melakukan perancangan awal dalam menentukan menu makanan jemaah selain mengekalkan piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan