Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saji hidangan tempatan tersendiri

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Hotel Radisson Brunei Darussalam tidak ketinggalan memeriahkan Minggu Gastronomi Brunei dengan melancarkan Minggu Gastronomi mereka sendiri yang telah bermula pada 23 Februari lalu hingga minggu kedua Mac ini di restoran me-reka, Tasek Brasserie.

    Sepanjang tempoh promosi berkenaan, Tasek Brasserie akan menyajikan hidangan tempatan tersendiri mereka bagi bufet makan malam termasuk Ayam Kunyit ‘Ballotine’, ‘Tenderloin’ Rendang Angus dan banyak lagi manakala itu pilihan manis termasuk Kek Batik Trio dan Kuih Badak Berendam.

    Bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pelbagai cita rasa hidangan Brunei, menu-menu akan diubah setiap hari.

    Kakitangan Hotel Radisson bergambar dengan salah satu hidangan tersendiri bersempena dengan Minggu Gastronomi Brunei.

    Selain itu, hidangan ala carte juga akan disediakan untuk memberikan pengalaman gastronomi yang unik di Brunei.

    Pengurus Besar Hotel Radisson Brunei, Jerome van Helden dengan gembira mengumumkan acara tersebut, menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk menyambut tetamu mereka dengan menyajikan cita rasa masakan Brunei yang indah.

    “Jangan terlepas peluang dengan promosi yang hebat ini, bawa keluarga dan kawan anda dan nikmatilah perayaan ini,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda