Sebagai salah seorang pelanggan di negara ini, saya sangat terkilan dengan sesetengah peniaga makanan.
Ini kerana mereka seolah-olah lebih mementingkan wang dari kepuasan pelanggan.
Terbukti apabila saya membeli kebab untuk menyampaikan hajat, namun agak kecewa apabila kebab yang dipesan dalam keadaan hancur dan bukannya seperti kebab kebiasaannya yang elok terbentuk dan penuh dengan isi.
Peniaga itu seolah-olah membuatnya asal janji siap, tidak menghiraukan sama ada ia dalam keadaan sepatutnya.
Kenapa hanya mementingkan keuntungan? Sedangkan mereka sendiri tahu kepuasan pelanggan adalah antara salah satu kunci ke-majuan perniagaan mereka.
Dalam hal saya ini, kenapa perlu melakukan sedemikian rupa sedangkan hanya saya melanggan ketika itu, tidak ada pelanggan lain sehingga penjual terpaksa tergesa-gesa membuatnya.
Jika dikatakan dia membuatnya pantas, tetapi bagi saya pula, ia seperti sama merosakkan hidangan tersebut secara tidak langsung. Manakan tidak, ia langsung tak nampak seperti kebab, lebih kepada pastri hancur bersama isinya.
Teguran bukanlah berniat untuk menjatuhkan mana-mana peniaga, namun sama-sama memperbetulkan diri, jaga kebersihan dan sajilah sebaiknya-baiknya makanan dijual.
Teguran