Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sajian musim Solterra

    Oleh Eunice Quek – 

    SINGAPURA – Selepas mengadakan beberapa acara pada September 2024 di kluster gaya hidup New Bahru, sebuah restoran Itali sedang mengekalkan momentum dengan perubahan menu pertamanya digelar musim Solterra. Sol merujuk kepada matahari, manakala terra bermaksud bumi.

    Restoran yang menyajikan hidangan rumit itu meraikan hasil musim bunga dan musim panas dan saya mendapati diri saya menikmati beberapa jenis sayuran di seluruh menu.

    Terdapat juga empat hidangan untuk makan tengah hari Sabtu.

    Seperti biasa, hidangan dimulakan dengan beberapa makanan ringan kali ini menyajikan articok dalam dua cara.

    Pertama, ia dihidangkan sebagai sup hangat daripada ‘kelalang’ yang diperbuat daripada articok, diikuti oleh farinata (penkek kacang) yang dihiasi dengan articok mammole yang segar dan lardo yang dibumbui dengan jintan manis serta buah pelaga hitam.

    Restoran tersebut ingin mengekalkan momentum dengan perubahan menu pertamanya digelar musim Solterra. – ANN/The Straits Times
    Spaghetton lobak merah dan siput Laut. – ANN/The Straits Times
    Hidangan kerang dan siput buluh panggang yang terdapat di restoran itu. – ANN/The Straits Times
    ANN/The Straits Times
    ANN/The Straits Times

    Hidangan pertama menghidangkan kacang fava panggang dengan ricotta yang ditapai dan acar kacang pain dilimpahi dengan air tomato yang diselitkan lemon thyme, dan sos bunga elder.

    Dihidangkan bersama ialah asparago zebrato, dinamakan demikian kerana jalur nipis yang terdapat pada asparagus putih. Ia dibuat dengan kacang soya, teh oolong dan air asparagus, manakala jalurnya diperbuat daripada bawang hitam yang diselitkan dengan teh lapsang souchong.

    Menyerlahkan makanan laut adalah hidangan kerang dan siput buluh panggang, diikuti dengan spagetton lobak merah dengan siput laut dan bisque udang mantis kegemaran saya.

    Sementara daging utama kambing panggang yang sedap menjilat jari, adalah salad petani yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

    Ia menampilkan gabungan 26 bahan bermusim campuran daun, buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran digandingkan bersama dengan sos oregano, cuka dan beri biru. Jika sesiapa boleh mengajak saya makan dan benar-benar menghargai sayur-sayuran, ia adalah rakan cef restoran itu, Mirko Febbrile.

    Satu millefoglie lidah kambing berlapis yang dimasak dengan api yang perlahan dan hati kambing yang lama diperap dipotong kecil di atas pinggan bulat.

    Awda boleh mempertimbangkan pengalaman merasa keju pada ketika ini, atau terus kepada pencuci mulut.

    Loquats membintangi pra-pencuci mulut yang menyegarkan disalut dalam kiub ais yang besar. Yogurt dan isirong badam panna cotta dibalut dengan kulit mochi yang halus, kemudian di atasnya dengan sup sejuk loquat yang ditapai dengan lakto, halia, madu kayu putih dan osmanthus sorbet.

    Sebagai penutup hidangan, pencuci mulut utama menyerlahkan tiga jenis jagung jagung ungu Amerika Selatan, jagung kuning Itali dan jagung putih Hokkaido dibuat menjadi wafer nipis dan digandingkan dengan marmalade cedro (buah sitrus besar), ais krim American Pale Ale dan mentega perang. – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda