TOKYO, 1 MEI – Satu set teh petang bernilai AS$35 yang dihidangkan di pavilion British sempena Ekspo Osaka telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial Jepun, terutama berkenaan penggunaan cawan kertas biasa hingga mendorong Kedutaan Britain terpaksa mengambil langkah bagi meredakan keadaan.
“Kami telah menambah baik perkhidmatan selepas menerima maklum balas bahawa kami gagal memenuhi jangkaan,” kata seorang pegawai Kedutaan Britain di Tokyo dalam satu video yang dimuat naik di platform X pada Khamis.
“Teh petang merupakan sebahagian penting daripada tradisi kami yang melambangkan budaya British,” ujar beliau dalam bahasa Jepun.
Awal minggu ini, satu hantaran yang mengecam kualiti hidangan set teh di pavilion berkenaan termasuk “uncang teh yang dicelup dalam cawan kertas” telah menjadi tular di media sosial X. – AFP
