Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sajian sihat, berkhasiat

    KUALA LUMPUR – Keinginan terhadap masakan Kantonis telah beralih tumpuan daripada sekadar rasa kepada pengunjung yang inginkan hidangan sihat dan berkhasiat.

    Dengan keinginan itu, cef Keith Yeap telah menggabungkan masakan klasik dengan bahan-bahan yang sihat dalam menu terbaharunya di salah sebuah restoran di Kuala Lumpur.

    “Pelanggan kini lebih suka makanan yang lebih sihat, rendah gula dan lebih berkhasiat,” kata cef eksekutif Cina di restoran itu bagi menunya yang boleh didapati dari 29 September hingga 6 Okober bersempena dengan Festival Pertengahan Musim Luruh.

    Memulakan hidangan ialah woo kok (ladu ubi), makanan istimewa dim sum popular, yang bijak dibentuk menyerupai serunding itik sarang lebah.

    Rangup selepas digoreng, flos yang diperbuat daripada mentega dan tepung bergabung rasa pedas, daging itik tos menggunakan kuali, buah berangan air yang dipotong dadu dan kacang pain.

    Yeap merupakan cef di restoran itu. – ANN/The Star
    Supreme soy cantonese free-range chicken dihidangkan bersama Hong Kong Kai Lan. – ANN/The Star
    Flos itik sarang lebah. – ANN/The Star
    Brew Akar Ficus Berkhasiat. – ANN/The Star
    Kuih bulan boleh didapati dalam set hadiah. – ANN/The Star

    Pembuka selera yang lazat itu juga dihidangkan bersama sos mangga yang manis dan bersitrus.

    Hidangan seterusnya ialah brew akar ficus berkhasiat – semangkuk sajian yang enak.

    Kuah herba bersama ayam, kurma merah dan buah berangan air jernih dan menyegarkan dimasak dengan menggunakan api yang perlahan.

    Fillet kerapu goreng lada rangup ala taufan Hong Kong menambah lagi rasa pada hidangan itu.

    Menggunakan kerapu dari Sabah, isi ikan dikisar bersama bawang putih wangi, cili, kacang soya yang diperap dan campuran rempah ratus.

    Yeap berkata, ia merupakan hidangan tradisional yang dinikmati di Hong Kong.

    Untuk sesuatu yang lebih dekat dengan sajian di Hong Kong, terdapat supreme soy cantonese free-range chicken dengan Hong Kong Kai Lan.

    Ayam rebus disalut dengan kicap wangi, dihidangkan dengan kai lan rebus yang rangup dan memuaskan.

    Jika awda mencari sesuatu yang mengenyangkan, nasi goreng halia daging ketam dan makanan laut adalah sesuai.

    Digabungkan dengan ketam, telur dan kerang Hokkaido, ia disiapkan dengan halia wangi dan sos daun bawang untuk sedikit warna itu.

    Untuk pencuci mulut, osmanthus red bean coconut jelly sangat unik dengan bentuk bunga dan tiga lapisan berbeza iaitu kacang merah di pangkal, puding santan berkrim di tengah dan jeli osmanthus di atas.

    Bagi kuih bulan, para pengunjung boleh menikmati perisa rendah gula dalam Koleksi Pertengahan Musim Luruh 2025 bagi restoran itu.

    Ia juga menambah lagi rasa yang enak kerana sos XO.

    Kuih bulan XO sauce mung bean terserlah dengan rasa udang kering.

    “Ini membawa kembali sejarah sos XO dan bagaimana ia telah dinikmati secara meluas di Hong Kong dan juga di Malaysia, terutamanya dalam nasi goreng atau sebagai perasa,” kata Yeap.

    Terdapat juga pes kacang merah dengan kuih bulan kulit limau kering berumur 40 tahun yang manis dan lembut.

    Aroma sitrus yang tersendiri daripada kulit jeruk menyerlahkan kekayaan, mencipta rasa unik yang kompleks dan halus menjadikannya sangat istimewa.

    Dua lagi hidangan moden, iaitu pes biji teratai yuzu dengan kek bulan sarang burung dan pes biji teratai putih osmanthus dengan kek bulan Kuning juga amat disyorkan.

    Bagi penggemar durian, kuih bulan Musang King Snow Skin yang disalut dengan snow skin yang lembut, kenyal, menggembirakan dengan isi berkrim yang manis dan kompleks. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda