Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Restoran Riwaz di Hotel Radisson Brunei Darussalam menjadi destinasi pilihan pengunjung terutama sejak rombakan menu mengetengahkan lebih 15 hidangan baharu yang hanya mengandungi bahan-bahan segar.
Pasukan dapur restoran berkenaan telah membuat menu lazat India yang merangkumi makanan jalanan yang popular seperti ‘Raj Kachori’, kerang goreng yang disumbat dengan tauge tempatan dan yogurt goreng, ‘Goan Crab’, ketam ‘blue swimmer’ dalam kari berperisa lada sulah, pelaga, adunan asam jawa dan santan, ‘Sous Vide Lamb Rack’, kambing New Zealand dengan sayur-sayuran, bayam saag dengan ‘Rogan Josh’.
Selain itu, terdapat hidangan istimewa iaitu ‘Hyderabadi Kacche Gosht ki Biryani’, lembu kambing yang renyah, dimasak dengan beras basmati wangi dalam periuk yang ditutup, dihidangkan secara tradisional dengan ‘Mirchi Ka Salan’ dan ‘Raita’, pelbagai naan dan paratha.
Sebagai pencuci mulut, restoran berkenaan menawarkan Kulfi, aiskrim versi India dengan safron dan teh hijau kahwa, daun teh dicantum dengan kardamom, safron dan kayu manis.
Pengurus Besar Hotel Radisson Brunei Darussalam, Jerome van Helden dalam kenyataan akhbar menjelaskan, menu baharu berkenaan bukan menekankan penggunaan inovatif perisa yang hebat, tetapi juga komitmennya untuk membawa rasa sebenar masakan India dengan memberi respons kepada trend dan permintaan pengunjung yang semakin meningkat.
