LONDON, 7 APRIL – Mikel Arteta percaya Bukayo Saka boleh mengubah keseimbangan kuasa yang memihak kepada Arsenal dalam pertemuan suku akhir Liga Juara-juara ‘menarik’ pmenentang Real Madrid pada Selasa.
Saka berpeluang untuk beraksi menentang Real dalam perlawanan pertama di Stadium Emirates selepas membuat dua penampilan sebagai pemain gantian sejak kembali selepas berehat selama tiga bulan.
Pemain berusia 23 tahun itu belum tampil dalam kesebelasan utama Arsenal sejak 21 Disember lalu ketika bertemu Crystal Palace.
Namun, Saka menunjukkan dia telah pulih sepenuhnya dengan menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya selepas kembali ketika menentang Fulham minggu lalu dan memberi aksi hebat dalam keputusan seri pada Sabtu di Everton.
Pengurus Arsenal, Arteta yakin penyerang England itu, yang memerlukan pembedahan akibat kecederaan hamstring, boleh memainkan peranan penting ketika Arsenal berusaha untuk menyingkirkan juara bertahan, Real Madrid. – AFP
