Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sakinah tolak tawaran bedah eye bag

    Banyak kali menerima tawaran untuk melakukan pembedahan pada kantung mata, pelakon Sharifah Sakinah bagaimanapun kekal dengan prinsip tidak mahu melakukan sebarang rawatan mengubah anggota tubuhnya itu.

    Bagi Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, dia juga enggan berbuat sedemikian hanya kerana mahu mengikut kehendak masyarakat.

    “Ini adalah sebahagian anggota badan saya. Saya tidak akan ubah apa yang sudah Allah berikan untuk orang lain. Jika nak buat sekali pun hanya untuk kepuasan sendiri.

    “Saya bukanlah ke arah mendengar kata masyarakat atau mengikut trend semasa. Saya juga tidak bekerja berlandaskan wajah,” katanya kepada mStar.

    Sakinah ditemui ketika majlis tayangan istimewa bersama peminat drama lakonannya berjudul Curang Tanpa Niat yang berlangsung di Putrajaya pada malam Khamis.

    Pelakon itu mengulas perkara tersebut selepas baru-baru ini adalah pihak yang menawarkan rawatan wajah terutama pada bahagian kantung mata yang jelas kelihatan ketika dia membawakan watak Astrid dalam drama berkenaan.

    Menjawab dengan nada berseloroh, Sakinah menolak tawaran berkenaan disebabkan pihak terbabit tersalah ejaan ketika menulis perkataan ‘sponsor’ dalam ruangan komen di laman sosial miliknya.

    Berkongsi tentang rutin penjagaan kecantikan, pelakon itu memberitahu dia lebih gemar mengikut petua lama menggunakan bahan semula jadi.

    Malah ketika ditemui dia turut menunjukkan sebungkus cengkih yang dibawa untuk kudapan bagi mengelakkan nafas berbau selain memberikan khasiat pada badan. – Agensi

    Sakinah amalkan rawatan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda