Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sakit itu juga satu rezeki – Zizi Kirana

    Penyanyi Zizi Kirana mendedahkan dia pernah mengalami keguguran pada Disember 2021 ketika usia kehamilan baru dua bulan.

    Kata Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 38, ketika itu dia juga tidak menyedari dirinya sedang hamil dan masih sibuk dengan jadual kerja.

    “Ketika mula tahu hamil pun saya terkejut. Selepas buat lakukan ujian kehamilan saya buat temu janji doktor untuk kepastian. Sehari sebelum berjumpa doktor badan saya menggigil dan ada pendarahan.

    “Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, doktor beritahu kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan kerana di luar rahim. Saya juga alami pendarahan teruk sehingga dua kali dimasukkan ke dewan bedah,” katanya kepada mStar.

    Menurut isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini, pada tempoh sebelum keguguran itu dia ada mengesyaki dirinya hamil kerana mengidam sesuatu berbeza.

    Reda dengan takdir yang telah tertulis buatnya, Zizi juga tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika itu kerana dalam keadaan terkejut dan sakit.

    “Saya tak boleh nak cakap perasaan saya. Terkejut sebab hamil, kemudian berlaku pendarahan dan selepas itu keguguran. Semua berlaku dengan pantas. Saya pula terpaksa tahan sakit sebab pendarahan.

    “Awalnya ada juga rasa pelik sebab saya mula mengidam buah epal jenis Fuji. Saya tak mahu epal lain. Selain itu saya juga tidak boleh makan makanan berkuah.

    “Belum rezeki saya untuk ada anak ketika itu. Sakit itu juga satu rezeki,” ujarnya. – Agensi

    Zizi tidak alami pendarahan teruk. – mediahiburan.my
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...