Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saksi fenomena supermoon pertama tahun ini

    NEW YORK, 6 OKT – Bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang malam ini iaitu sempena fenomena yang dikenali sebagai supermoon.

    Supermoon bulan Oktober ini merupakan yang pertama daripada tiga seumpamanya pada tahun ini. Ia berlaku apabila bulan purnama berada lebih dekat dengan Bumi dalam orbitnya.

    Menurut NASA, keadaan itu menjadikan bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang berbanding bulan paling malap dalam setahun. Perbezaan ini berlaku beberapa kali setahun dan kadangkala bertepatan dengan peristiwa astronomi lain seperti gerhana bulan.

    “Ia bukan sesuatu yang luar biasa,” kata Derrick Pitts, ketua ahli astronomi di Institusi Franklin, Philadelphia.

    Setiap orang di dunia boleh melihat supermoon tanpa sebarang peralatan khas, asalkan cuaca cerah. Namun, perbezaannya agak sukar dibezakan, terutamanya bagi mereka yang tidak biasa memerhati bulan pada malam-malam sebelumnya.

    “Jika awda keluar dan melihat bulan ketika ia tinggi di langit, tiada rujukan di sekelilingnya yang boleh memberi awda gambaran tentang saiz sebenar bulan,” jelas Pitts.

    Dalam fenomena terbaharu ini, bulan akan berada pada jarak kira-kira 361,459 kilometer dari Bumi. Supermoon yang pa-ling hampir dengan Bumi tahun ini dijangka berlaku pada bulan November, diikuti satu lagi pada bulan Disember. – AP

    Bulan purnama kelihatan terbit di bahagian luar padang Stadium Kauffman pada 17 September 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda