Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saksi panorama, pengalaman indah

    THAILAND – Tahun lalu, 4.6 juta rakyat Malaysia telah berkunjung ke Thailand. Ini tidak mengejutkan kerana penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok hanya mengambil masa dua jam manakala destinasi popular Thailand lain, seperti Phuket dan Krabi, pula mengambil masa 90 minit.

    Selama beberapa tahun, penulis, David Bowden, telah mengongsikan tentang pengembaraanya di negara tersebut, dengan perjalanan terakhir sebelum COVID-19 memberikannya gambaran ringkas tetapi menarik tentang timur laut Thailand.

    Ia merupakan wilayah Thailand dikenali sebagai Isan (atau Esan), yang menawarkan pengalaman unik Thailand, seperti Ubon Ratchathani.

    Dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kong Chiam (Khongjiam) selama beberapa hari, bermula dari Pusat Peranginan Warisan Tohsang sebagai pangkalan untuk menjelajahi beberapa tempat tarikan berdekatan dengan Sungai Mekong.

    MENUJU MATAHARI TERBIT

    Awda perlu pergi ke Bangkok terlebih dahulu (ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang) dan kemudian mengambil penerbangan domestik untuk pergi ke Ubon Ratchathani.

    Bot nelayan di Sungai Mekong. – ANN/TheStar
    Salah seorang penenun kapas di Kampung Kapas Tohsang. – ANN/TheStar
    Lukisan gua purba boleh didapati di Taman Negara Pha Taem. – ANN/TheStar
    Lawatan ke Wat Phou, Kuil Khmer abad ke-11 berhampiran Pakse di Laos, boleh didapati dari Ubon Ratchathani. – ANN/TheStar
    Wat Phou dikenali sebagai kuil bercahaya dalam gelap. – ANN/TheStar

    Keseluruhan perjalanan mengambil masa selama enam jam.

    Pengembaraan ini bukan sahaja untuk penjelahan dan penerokaan, malahan ia juga merupakan salah satu daripada percutian yang menenangkan. Dalam penyelidikan sebelum perjalanannya, Tohsang Heritage Resort telah menarik perhatian David Bowden kerana ia berdekatan dengan beberapa tapak tarikan yang menarik, termasuk Taman Negara Pha Taem.

    Sungai Mekong merupakan sumber yang berharga untuk menangkap ikan, dan ramai penduduk kampung terlibat dalam industri perikanan. Di samping itu awda juga berpeluang untuk melihat aktiviti memancing di sepanjang tebing sungai atau dari bot-bot kecil.

    Pelbagai ikan sungai dihidangkan di restoran resort tersebut.

    Awda juga boleh membuat pesanan makan malam palang tradisional hidangan tempatan yang dihidangkan di meja bulat rendah dengan tempat duduk berkusyen, terletak di dalam taman.

    Manakala ruangan bilik pula menawarkan reka bentuk yang sofistikated dan diserikan dengan fabrik kapas yang dibuat di Kampung Kapas Tohsang.

    SUNGAI BERGELORA

    David Bowden telah mendengar banyak tentang ciri sungai berdekatan yang dipanggil Thailand’s Grand Canyon, jadi dia keluar pada suatu petang untuk menemui Sam Phan Bok, atau Three Thousand Holes.

    Pembentukan geologi itu sebenarnya adalah batuan dasar Sungai Mekong yang terdedah pada musim kemarau apabila air yang mengalir ke Sungai Mekong berada pada tahap paling rendah.

    Selama berjuta-juta tahun hakisan dan pemendapan sungai, batu pasir berwarna jingga-merah telah diukir menjadi bentuk muka bumi yang menarik dengan banyak lubang yang dipenuhi air yang dinamakan, Tiga Ribu Lubang.

    Awda juga boleh mengatur rancangan untuk melawat ke Taman Negara Pha Taem bagi menyaksikan keindahan yang terdapat di tempat itu, termasuk matahari terbit di atas Mekong, dan merasai pengalaman berjalan kaki melalui hutan luruh serta lawatan stensil gua purba.

    Sebanyak 300 lukisan berwarna merah, hitam dan putih dengan pelbagai bentuk di tapak berkenaan seperti gajah, penyu, pari, ikan keli dan alat memancing memberikan gambaran tentang kehidupan purba di sepanjang Sungai Mekong.

    PERCUTIAN SERANTAU

    Dari Ubon Ratchathani, Pakse ialah pintu masuk ke selatan Laos, dan dari sini, jalan menuju ke Dataran Tinggi Bolaven ke Vietnam.

    Namun, jalan selatan dari Pakse telah menarik perhatiannya menuju ke destinasi di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Wat Phou, yang pernah menjadi ibu kota kerajaan Chenla.

    Wat Phou didirikan di puncak bukit selatan Pakse antara abad keenam dan ke-14.

    Tapak tersebut telah menjadi tempat ibadat sejak abad kelima, dan seperti Angkor, kuil itu kebanyakannya ditinggalkan sehingga ia ditemui semula pada tahun 1866.

    Lawatannya sepanjang hari ke Laos adalah menarik dan patut dipertimbangkan bagi mereka yang menerokai bahagian dunia ini. Kini lebih daripada runtuhan berbatu, Wat Phou dan tapak UNESCO Landskap Budaya Champasak merupakan salah satu runtuhan arkeologi yang paling penting di rantau tersebut. – ANN/TheStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda