Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Tujuh pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Marin, Akademi Maritim Brunei (BMA), Institut Pendidikan Teknikal Brunei Kampus Jefri Bolkiah (IBTE-JBC) bersama dua pengajar IBTE JBC berpeluang melawat Kapal RKAT Kelas A yang dimiliki dan diuruskan oleh Brunei Gas Carriers (BGC).
Lawatan tersebut antara lain bertujuan bagi mendedahkan para pelajar mengenai operasi penyelenggaraan dan aktiviti kapal serta meneroka pelbagai jenis jentera yang digunakan kapal berkenaan.
Jelajah rombongan yang mengambil masa setengah hari dan dikendalikan oleh kapten kapal Asad Alam dan ketua jurutera, Gordon Walker, memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat beberapa bahagian dalam kapal dan menyaksikan sendiri kehidupan para kru atas kapal sebelum mereka menjalani karier di sana akan datang.
Dalam pada itu, BMA juga berharap peluang seperti ini dapat diteruskan dalam usaha untuk memberikan para pelajar pengalaman secara langsung mengenai peranan dan tugas kapten dan kru kapal.