Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Saksikan gerhana bulan penuh hari ini

    CAPE CANAVERAL, FLORIDA, 7 NOV – Bersedia menyaksikan gerhana esok kerana tidak akan berlakunya fenomena seumpama itu untuk tiga tahun lagi.

    Gerhana bulan penuh akan kelihatan di seluruh rantau Amerika Utara pada waktu subuh – lebih jauh ke barat, lebih baik – dan seluruh Asia, Australia dan kawasan Pasifik selepas matahari terbenam. Sebagai satu ganjaran tambahan, planet Uranus dapat dilihat amat dekat di atas bulan, menyerupai bintang terang.

    Secara keseluruhan, ia akan mengambil masa satu setengah jam – dari 5:16 pagi hingga 6:41 pagi – ketika Bumi bergerak secara langsung di antara bulan dan matahari.

    Dikenali sebagai ‘blood moon’, ia akan muncul merah kejingga-jinggaan dari cahaya mata hari terbenam dan matahari terbit Bumi. Pada kemuncak gerhana, bulan akan berada 390,653 kilometer jauhnya, menurut ahli sains NASA. Binokular dan teleskop akan menambah kejelasan pemandangan, denga syarat langit adalah cerah.

    Amerika Selatan akan nampak sepintas lalu gerhana bulan esok, sekiranya cuaca adalah baik. Dengan membuat perhitungan, Afrika, Timur Tengah dan sebahagian besar Eropah perlu menunggu sehingga 2025.

    Di antara yang menyediakan siaran langsung mengenai ekstravaganza bulan esok adalah Balai Cerap Griffith di Los Angeles dan Projek Teleskop Maya yang berpangkalan di Itali.

    Ia adalah gerhana bulan penuh kali kedua pada tahun ini, yang pertama adalah pada Mei.

    Gerhana seterusnya tidak akan berlaku sehingga 2025. Namun banyak gerhana bulan separa dapat disaksikan dalam waktu itu. – AP

    Bulan kelihatan semasa gerhana bulan penuh pada 15 Mei 2022, berdekatan Moscow, Idaho, dengan warna kemerah-merahan diperoleh ketika ia bergerak melalui bayang-bayang bumi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...