CAP CANAVERAL, 29 OGOS – Ahli astronomi bersedia menikmati keindahan pemandangan unik Supermoon biru minggu ini dengan planet Zuhal menjelma dari belakang.
Tirai kosmik akan buka pada malam Rabu dengan bulan purnama kedua bulan ini, hanya kerana ia berwarna biru. Ia dinamakan sebagai Supermoon kerana ia lebih dekat dengan Bumi daripada biasa, kelihatan amat besar dan cerah.
Ia akan menjadi bulan purnama terdekat dalam setahun, berada kira-kira 222,043 batu. Ia adalah lebih daripada 100 batu lebih dekat daripada supermoon pada 1 Ogos.
Sebagai tambahan, Zuhal akan kelihatan sebagai titik terang 5 darjah ke kanan atas bulan pada waktu matahari terbenam di langit timur-tenggara, menurut NASA. Planet bergelang itu akan kelihatan mengelilingi bulan mengikut arah jam apabila malam semakin gelap.
Jika awda terlepas pemandangan pertama bulan ini, lebih baik saksikan pemandangan kali ini. Tidak akan ada lagi supermoon biru sehingga 2037, menurut ahli astronomi Itali Gianluca Masi, pengasas Projek Teleskop Maya. – AP
