Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saksikan Pertandingan Akhir Bintang Harmoni 26 Oktober ini

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Pertandingan Akhir Bintang Harmoni 2024 akan diadakan pada 26 Oktober di Jerudong Park Amphitheatre, bermula pukul 8 malam.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Penaja-penaja Bintang Harmoni 2024 telah diadakan di Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Brunei (RTB) Sungai Akar, baru-baru ini.

    Pengiran Haji Ismail (kiri) menandatangani perjanjian dengan wakil dari Makan Ceria Sdn Bhd.
    – GAMBAR SERAHAN RTB

    Menurut kenyataan RTB, di sini, menandatangani perjanjian berkenaan bagi pihak RTB diwakili oleh Pemangku Pengarah, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohd Kifli, manakala syarikat-syarikat penaja iaitu Makan Ceria Sdn Bhd (McDonald’s Brunei), Pappu Restaurant dan Catering, Fitness Zone, Sengkurong Furniture Trading and Construction Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel and Tours Sdn Bhd, Oriente Sdn Bhd, Encore Sdn Bhd, Radisson Hotel Brunei Darussalam, Saycheese Photo Studio dan Studio 7 Productions diwakili oleh pengurus atau wakil syarikat masing-masing.

    Bintang Harmoni sebelum ini dikenali sebagai Bintang Radio di mana pertandingan yang mula dianjurkan pada tahun 1960 itu, merupakan salah satu daripada usaha berterusan RTB untuk mendukung industri seni tanah air dan mengangkat bakat-bakat tempatan.

    Orang ramai dialu-alukan hadir untuk menyaksikan dan memeriahkan lagi malam pertandingan. Siaran langsung pertandingan berkenaan boleh diikuti melalui saluran RTB Aneka dan RTBGo termasuk rangkaian radio Harmoni FM.

    Pengiran Haji Ismail bergambar ramai bersama pengurus dan wakil syarikat-syarikat penaja. – GAMBAR SERAHAN RTB
    GAMBAR SERAHAN RTB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda