Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sakura di Tokyo dijangka mekar lebih awal

    TOKYO, 21 MAC – Bunga sakura diramalkan akan mula mekar pada Isnin di pusat bandar Tokyo, lebih awal daripada mana-mana wilayah lain di Jepun, lapor Kyodo News memetik sebuah syarikat ramalan cuaca.

    Sakura dijangka muncul di Hiroshima dan Kochi di barat Jepun dan Miyazaki di barat daya Jepun pada Selasa, diikuti oleh Yokohama, berhampiran Tokyo serta bandar Fukuoka, Saga dan Nagasaki di barat daya Jepun pada Rabu, menurut Weathernews Inc.

    Pokok sakura dijangka mula berbunga di wilayah barat dan timur Jepun menjelang akhir Mac dan mekar penuh kira-kira tujuh hingga 10 hari kemudian.

    Di bahagian timur laut pula, sakura diramalkan mekar menjelang pertengahan April dan Hokkaido pada akhir April, katanya. – Bernama

    Seorang wanita merakam pokok bunga sakura di daerah Chuo pada 18 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda