Friday, May 2, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sakura mekar ceriakan Tokyo

    TOKYO, 4 APRIL- Pelancong dan penduduk memenuhi Tokyo untuk menikmati musim bunga penuh yang lewat tiba daripada biasa tahun ini kerana cuaca sejuk.

    Dahan-dahan gelap yang dipenuhi dengan bunga merah jambu dan putih atau dikenali sebagai sakura dalam bahasa Jepun, tumbuh di sekitar Istana Diraja, tempat orang ramai berkumpul untuk mengambil gambar atau sekadar menikmati pemandangan.

    “Bunga sakura sangat simbolik dan membuatkan segala-galanya di sekeliling awda berasa gembira dan cantik,” kata Michitaka Saito, 68, kepada AFP. “Ia membuatkan saya rasa saya telah membuat permulaan yang baik pada tahun hadapan”.

    Musim Sakura secara tradisinya mengiringi permulaan tahun fiskal baharu di Jepun, mewakili permulaan baharu tetapi juga kehidupan yang tidak kekal.

    Eiko Hirose, 76, menikmati bunga sakura bersama suaminya, Sadao “bermakna saya sihat, dan dia berkeadaan baik, dan kita semua berseronok”.

    Orang ramai melihat bunga sakura di Chidorigafuchi, salah satu parit di sekitar Istana Diraja di Tokyo pada 4 April 2024. – AFP

    “Kami sering anggap kami boleh melihatnya tahun depan lagi, tetapi siapa tahu? Sesuatu mungkin berlaku,” katanya.

    Agensi Meteorologi Jepun mengumumkan pokok sakura ‘somei yoshino’ yang paling biasa dan popular di negara itu sedang mekar penuh, empat hari lewat daripada tempoh ia mekar untuk bandar itu.

    Pelancongan ke Jepun telah berkembang pesat selepas sekatan era pandemik ditarik balik, dan pelancong dari luar Jepun turut datang menikmati pemandangan itu.

    Kamilla Kielbowska, 35 tahun dari New York, dalam perjalanan ketiganya ke Jepun, mengatakan pemandangan itu ‘mengagumkan’ dan ‘sangat ajaib’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda