Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sakura tingkatkan skil bahasa Korea melalui permainan video

    Sejak berjinak-jinak dengan permainan video, anggota kumpulan LE SSERAFIM, Sakura meraih perhatian peminat.

    Penyanyi asal Jepun itu mendedahkan, permainan video League of Legends (LoL) berhasil meningkatkan skil dan memudahkan dia mempelajari bahasa Korea dengan lebih mendalam.

    Dedah Sakura lagi, dia sering meluangkan masa bermain permainan video sehingga lewat pagi bersama beberapa rakan penyanyi lain.

    Kata penyanyi itu, dia menghabiskan masa sekurang-kurangnya 12 jam sehari untuk bermain permainan video kegemarannya tersebut.

    “Saya bermain LoL lebih kurang 12 jam sehari dari pukul 9 malam sehingga 8 pagi keesokan harinya.

    “Sejak itu saya serius dalam kegiatan ini dan telah mencapai tahap perak dalam LoL,” katanya. – Agensi

    Sakura mendedahkan bahawa dia sering meluangkan masa bermain permainan video sehingga lewat pagi bersama beberapa rakan lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda