Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Salah akan kekal di Liverpool

    LIVERPOOL, 26 MEI – Mohamed Salah mengesahkan dia akan menamatkan kontraknya di Liverpool musim depan, tetapi penyerang Mesir itu tetap tidak komited dengan masa depannya di Anfield selepas 2023.

    Kontrak Salah akan tamat pada penghujung musim depan dan perbincangan mengenai perjanjian baharu telah berlarutan selama berbulan-bulan tanpa kata putus.

    Menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid Sabtu ini, Salah berkata tumpuan penuhnya adalah untuk memenangi perlawanan terbesar dalam bola sepak Eropah buat kali kedua.

    Walau bagaimanapun, kegagalan Real mendapatkan penyerang Perancis, Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain telah mencetuskan satu spekulasi bahawa Real Madrid kini menyertai perebutan untuk mendapatkan Salah.

    Pemain berusia 29 tahun itu merangkul Kasut Emas Liga Perdana Inggeris yang ketiga dalam lima musim pada Ahad lalu apabila dia berkongsi anugerah itu dengan Son Heung-min dari Tottenham hasil jari-ngan keseluruhan sebanyak 23 gol. – AFP

    Mohamed Salah memilih untuk kekal di Liverpool. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -