Thursday, November 30, 2023
31.3 C
Brunei

    -

    Salah catat rekod baharu Liverpool

    LIVERPOOL, 13 NOV – Liverpool berkongsi mata yang sama dengan Manchester City dan Arsenal di puncak Liga Perdana ketika Mohamed Salah melebarkan rekod jaringannya di Anfield dengan meledak dua gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Brentford, semalam.

    Pemain Mesir itu meledak 12 gol musim ini, sembilan daripadanya di Anfield, yang membolehkan Liverpool meneruskan rekod sempurna mereka di laman sendiri.

    Sembilan daripada gol Salah hasil umpanan Darwin Nunez dan pemain Uruguay itu membantu memecah kebuntuan pada minit ke-39 selepas jaringannya dibatalkan. Dua kali Nunez menjaringkan gol tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

    Bagaimanapun, hantaran bijaknya kepada Salah disambut dengan penyudah tenang ke sudut jauh untuk membuka tirai gol pada minit ke-39.

    Salah adalah pemain pertama menjaringkan gol dalam enam perlawanan liga pertama Liverpool di laman sendiri.

    Brentford mempunyai peluang mereka, namun penyelamatan hebat dari Alisson Becker menggagalkan percubaan Ethan Pinnock dan Bryan Mbeumo.

    Bagaimanapun, tiada jalan kembali untuk Bees apabila Salah dibiarkan tanpa dijaga untuk menanduk masuk hantaran lintang Kostas Tsimikas ke gawang pada minit ke-60.

    Diogo Jota meledak gol ketiga Liverpool ketika permainan berbaki 16 minit untuk kemenangan kesembilan dan gol ke-27 dalam sembilan perlawanan buat pasukannya di Anfield musim ini. – AFP

    Aksi Salah semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield di Liverpool, barat laut England, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...