Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah dipersalahkan apabila Liverpool kurang menyerlah

    LONDON, 7 OKT – Mohamed Salah, ‘Raja Mesir’ yang berkhidmat di Liverpool, didapati kilauan mahkotanya telah sedikit malap apabila penampilannya kurang menyerlah sejak kebelakangan ini.

    Salah sekali lagi kurang beraksi apabila tewas 2-1 bertemu Chelsea Sabtu lalu apabila dia mensia-siakan beberapa peluang dan gagal membantu di bahagian pertahanan.

    Kekalahan di Stamford Bridge adalah yang ketiga Liverpool dalam tempoh lapan hari sementara Arsenal sekarang melonjak ke tangga teratas.

    Namanya juga tiada dalam senarai penjaring dalam lima daripada tujuh perlawanan liga musim ini dengan hanya jaringan tiga gol dan tiga bantuan dalam sembilan penampilan semua pertandingan setakat ini.

    Lebih membimbangkan adalah semasa Salah kelihatan kurang membantu semasa hadapi tekanan Chelsea terutamanya semasa gol kemenangan Estevao Willian terhasil pada masa kecederaan.

    “Kami tahu Salah sentiasa bersedia untuk serangan balas jadi kami berlatih dan pengurus berkata ruang itu mungkin ada,” katanya Cucurella yang berjaya mengeksploitasi ruang kosong Salah.

    Selepas Liverpool merangkul kejuaraan musim lalu, Salah berkata dia mendapat kebenaran daripada Arne Slot untuk menumpukan pada serangan dan korbankan pertahanan.

    “Saya beritahu dia selagi saya direhatkan daripada bertahan, saya akan berusaha dalam serangan dan akan tunjukkan hasilnya,” kata Salah.

    Tetapi strategi Salah memberi padah apabila pihak lawan mengambil peluang atas kegagalan rancangannya.

    Bekas bintang Manchester United dan England, Wayne Rooney turut memberi komen kemunduran prestasi Salah.

    “Kami tahu dia tidak selalu turun dan bantu bertahan tetapi semasa bertemu Chelsea, pertahanan semakin koyak dan dia hanya melihat,” katanya dalam Wayne Rooney Show di BBC. “Jika rancangannya berjalan lancar dan dia menjaringkan gol, pasukannya boleh bersabar. Tetapi sepanjang minggu lepas saya tertanya-tanya apa kerjanya.”

    Bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy bersetuju dengan Rooney.“Rasanya kerja bertahan (daripada) Mohamed Salah jadi sedikit masalah terutamanya semasa menentang pasukan yang lebih baik,” katanya.

    Ketika ini, Slot sedang bersabar dan berusaha untuk mengembalikan Salah ke prestasi terdahulu. “Ia bukanlah setiap peluang yang dia dapat sentiasa akan menghasilkan gol. Tetapi, dia juga seorang manusia (biasa).” – AFP

    Aksi Mohamed Salah berlari semasa menentang Chelsea di Stamford Bridge, London Sabtu lalu. Salah dikritik sebabkan Liverpool kurang menyerlah. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda