Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Salah gesa ‘pembunuhan beramai-ramai’ dihentikan, bantuan kemanusiaan diberikan

    LIVERPOOL, 19 OKT – Bintang bola sepak Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah menggesa bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza kelmarin sambil merayu untuk menamatkan ‘pembunuhan beramai-ramai’ dalam konflik antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.

    Penduduk Gaza menghadapi kekurangan bekalan yang teruk apabila wilayah itu hampir ditutup sepenuhnya.

    Pada Selasa, satu serangan roket yang dahsyat melanda hospital di Gaza yang didakwa Hamas dilakukan oleh Israel.

    Salah, 31, yang merupakan pemenang Liga Juara-juara dan Liga Perdana bersama Liverpool, dan juga merupakan kapten Mesir, adalah salah seorang atlet paling popular di dunia Arab.

    “Memang tidak senang untuk bercakap pada masa seperti ini. Terdapat terlalu banyak keganasan, kesedihan dan kekejaman,” kata Salah dalam video yang disiarkan kepada 62.7 juta pengikutnya di Instagram.

    “Semua nyawa adalah suci dan mesti dilindungi. Pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan.”

    Selepas kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke Tel Aviv kelmarin, Israel berkata ia telah bersetuju dengan permintaannya untuk membenarkan bantuan ke Gaza yang terkepung melalui Mesir berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai bekalan yang semakin berkurangan dan amaran tentang bencana kemanusiaan.

    “Apa yang jelas sekarang, bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dibenarkan segera. Penduduk di sana berada dalam keadaan yang teruk,” tambah Salah. – AFP

    Penduduk Palestin yang cedera tiba ke hospital al-Shifa, berikutan serangan udara Israel ke atas Kota Gaza, tengah Semenanjung Gaza, 16 Oktober. Salah seru ‘pembunuhan beramai-ramai’ dihentikan. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...