Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah gunting rambut, salon diarah bayar $271,000

    NEW DELHI, 24 SEPT – Sebuah salon di India diarahkan untuk membayar lebih AS$271,000 kerana tersalah gunting rambut seorang model yang didakwanya membawa kepada ‘tekanan mental teruk.’

    Aashna Roy ke sebuah salon di hotel terkemuka New Delhi dalam 2018 dan meminta kakitangan memotong rambutnya sepanjang empat inci daripada hujung rambutnya, menurut fakta kes di mahkamah pengguna hari ini.

    “Walau bagaimanapun, dia terkejut dan tidak menyangka pendandan rambut telah memotong seluruh rambutnya, hanya meninggalkan empat inci dari bahagian atasnya, menjadi terlalu pendek sehingga tidak mencecah bahunya,” tambah fakta mahkamah itu.

    Mahkamah menetapkan bahawa Roy sudah pun mempunyai kerjaya kukuh melalui iklan produk rambut, maka insiden salah gunting itu membawa kepada ‘tekanan mental teruk dan trauma’ kepadanya.

    “Tidak syak lagi bahawa wanita amat menjaga rambut mereka,” menurut panel yang Suruhanjaya Pertikaian Pengguna Kebangsaan Redressal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda