Monday, July 14, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah kekalkan rekod jaringan

    STOKE-ON-TRENT, 30 Nov – Bos Liverpool Jurgen Klopp percaya dia mempunyai pilihan untuk mengawal pasukan Liverpool dalam meredahi jadual padat sebelum Krismas selepas menyaksikan pasukannya menewaskan Stoke City dengan jaringan 3-0.

    Klopp menamakan kembali Sadio Mane, Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino dalam kesebelasan utama untuk beraksi dalam Stadium bet365 awal pagi tadi.

    Pemain yang kerap menjaringkan gol Mohamed Salah bermula dalam bangku simpanan begitu juga dengan Philippe Coutinho.

    Pengurus dari Jerman itu merasakan dia mempunyai kemampuan untuk melalui enam perlawanan sebelum Krismas walaupun terpaksa menurunkan pemain pertahanan yang tidak cergas, Dejan Lovren selepas Ragnar Klavan terpaksa diketepikan akibat tidak sihat.

    “Saya gembira dengan pilihan yang ada sekarang,” menurut Klopp selepas menyaksikan kemenangan pasukannya yang meletakkan the Reds naik di tangga kelima dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Penyerang Liverpool Dominic Solanke dicabar oleh Joe Allen dalam perlawanan yang menyaksikan Mohamed Salah menjaringkan dua gol dan Mane menjaringkan satu gol. – AP

    Dalam perlawanan itu, Mane membuka jaringan pada minit ke-17 dan jaringan kekal 1-0 sehingga separuh masa pertama tamat. Mohamed Salah keluar dari bangku simpanan dan menjaringkan dua gol pada minit ke-77 dan 83. Gol tersebut menjadikan jaringannya berjumlah 17 gol dalam semua pertandingan.

    Klopp juga memberi peluang kepada penyerang Dominic Solanke untuk membuat penampilan pertama dalam EPL.

    “Saya berpuas hati Salah mengekalkan rekod jaringannya,” jelas Klopp mengenai penyerang Egypt, yang sekarang menjadi pendahulu jaringan dalam EPL dengan 12 gol.

    Sementara itu, bos Stoke City meluahkan kemarahannya selepas menyaksikan penjaga gol Simon Mignolet tidak diarahkan kelaur padang selepas mengasari Mame Biram Diouf sebelum separuh masa pertama tamat.

    “Ia sangat mengecewakan,” menurut Hughes selepas pasukannya turun ke tangga 16 dalam EPL. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda