Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah mengatur kewangan atau harga barang naik?

    Meskipun negara kita telah memasuki fasa endemik namun kita setentunya masih di bawah ancaman jangkitan baharu.

    Dalam masa yang sama, berikutan varian Omicron yang kini berleluasa di seluruh negara, negara kita sekali lagi mengetatkan kemasukan pengembara tempatan atau antarabangsa dari luar negara, termasuklah daripada segi kemasukan barangan dari luar negara.

    Barangan dari luar negara masih boleh dikatakan masih mengalami kekurangan meskipun ada yang sudah mudah diperoleh. Sehubungan itu, saya sebagai salah seorang pengguna di negara ini merasakan harga-harga barangan jelas adanya kenaikan yang mendadak. Namun, saya ingin mengetahui punca kenaikan barangan-barangan ini, adakah disebabkan kos perbelanjaan mendatangkannya atau penjual sengaja menaikkan harga?

    Sebagai contoh, pada November yang lalu saya masih ingat harga satu barangan $4.90 namun pada Disember, ia naik mendadak kepada $7.90. Lalu saya bertanya kepada penjual kenapa harga barangan itu naik begitu cepat dan besar jurangnya? Dia hanya berdiam diri dan memberikan senyuman yang sinis.

    Di sini saya percaya, mungkin ada yang sudah dipantau, tetapi tidak mustahil ia dinaikkan oleh pihak tertentu. Justeru saya sarankan pihak relevan teruskan pemantauan mungkin dalam sebulan dua tiga kali dan seterusnya memantau lagi bulan depan, agar kenaikan mendadak dan tinggi seumpamanya tidak berlaku.

    Aduan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda