Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah Pemain Terbaik Arab 2017

    KAHERAH, 2 Jan – Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Arab 2017 dalam undian yang membabitkan sekitar 100 wartawan sukan daripada beberapa negara Arab.

    Bintang Mesir berusia 25 tahun, Salah yang menyinar bersama Liverpool sejak tiba dari AS Roma sudah menjaringkan 17 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris setakat ini dan 23 dalam semua kejohanan.

    Dia juga membantu Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun ini di Rusia.

    Pemain sayap Syria, Omar Khribin yang bermain bersama kelab Al-Hilal di Arab Saudi berada di tangga kedua manakala rakan senegaranya, Omar Al-Soma yang beraksi bersama kelab Al Ahli juga dari Arab Saudi, ketiga.

    Salah juga menjadi calon pilihan untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika yang akan diumumkan di ibu negara Ghana, Accra pada Khamis ini. – AFP

    Mohamed Salah meraikan jaringan pertama dalam perlawanan menentang Leicester City baru-baru ini. Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Arab 2017 selepas mendapat undian yang melibatkan 100 wartawan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda