KAHERAH, 30 DIS – Bintang Liverpool, Mohamed Salah yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman pemain Afrika di Liga Perdana, akan memperkukuhkan skuad Mesir untuk saingan Piala Negara Afrika.
Meskipun tarikh rasmi pelepasan pemain menyertai skuad kebangsaan adalah pada 27 Disember, penganjur kejohanan mengubah tarikh akhir sehingga 3 Januari. Ia sekali gus membolehkan Salah beraksi bersama Liverpool untuk aksi pernting Liga Perdana bertemu Chelsea, Isnin ini.
Bagaimanapun, pemain tengah, Mohamed Magdy yang baru memenangi Piala Super Afrika bersama kelab Cairo, Al Ahly dan pemain sayap, Mostafa Fathi tidak dipilih oleh jurulatih Carlos Queiroz untuk kejohanan di Cameroon yang bermula 9 Januari sehingga 6 Februari depan. – AFP
