Sunday, June 16, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Salah sasar julang trofi musim depan

    LONDON, 22 MEI – Mohamed Salah berkata Liverpool ‘akan berjuang habis-habisan’ untuk memenangi trofi musim depan, sambil memberikan isyarat bahawa dia akan sekurang-kurangnya menghabiskan tahun terakhir kontraknya di Anfield.

    Salah hanya mempunyai baki 12 bulan dalam kontraknya dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Pro Saudi.

    Liverpool dilaporkan menolak tawaran £150 juta dari Al-Ittihad untuk pemain berusia 31 tahun itu pada September lalu.

    “Kami tahu bahawa trofi adalah yang penting dan kami akan melakukan segala yang mungkin untuk merealisasikan perkara itu musim depan,” kata Salah di media sosial.

    “Peminat kami layak mendapatkannya dan kami akan berjuang habis-habisan,” tambahnya.

    Liverpool memenangi Piala Liga dalam musim terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus tetapi terlepas peluang dalam Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Europa.

    Pemergian Klopp selepas lebih lapan tahun sebagai pengurus Liverpool telah menimbulkan keraguan mengenai masa depan beberapa pemain bintang yang meningkat di bawah pimpinan beliau, dengan Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold juga memasuki tahun terakhir kontrak mereka.

    Bekas pengurus Feyenoord, Arne Slot pula disahkan sebagai pengganti Klopp oleh Liverpool Isnin lalu. – AFP

    Salah ketika beraksi di Villa Park, Birmingham, tengah England. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India bawa pulang jasad 45 mangsa kebakaran di Kuwait

    KOCHI, 14 JUN - Ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kuwait kelihatan berduka di terminal lapangan terbang India hari...