Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah, Solanke menyerlah

    BERLIN, 30 Julai – Jurgen Klopp menikmati kesempurnaan kembali ke Jerman semalam, ketika Liverpool menewaskan Hertha Berlin 3-0 dalam perlawanan persahabatan pra musim dengan dua pemain yang baru ditandatangani Dominic Solanke dan Mohamed Salah masing-masing berjaya menjaringkan gol.

    Perlawanan itu juga menyaksikan Philippe Coutinho, yang dikaitkan dengan perpindahan bernilai AS$93 juta ke Barcelona, diserahkan lilitan kapten, dan peminat-peminat Liverpool memberikan sorakan gemuruh kepada pemain utama dari Brazil itu. “Kami tidak begitu berada di kedudukan yang kami mahukan, tetapi ia adalah biasa dalam pra musim,” kata Klopp selepas perlawanan tersebut.

    “Kami dalam kedudukan yang bagus hari ini. Pada separuh masa kedua, kami mengawal permainan. Kami perlu berjuang, tetapi kami juga tidak begitu bagus secara taktik.”

    Klopp memuji Coutinho yang memainkan peranan utama dalam gol ketiga Liverpool, yang dijaringkan oleh Salah, dengan hantaran tinggi yang menarik.

    Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah (tengah) dicabar oleh dua orang pemain Hertha Berlin dalam aksi persahabatan di Stadium Olympia. – AP
    Pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah (tengah) dicabar oleh dua orang pemain Hertha Berlin dalam aksi persahabatan di Stadium Olympia. – AP

    “Coutinho dan Salah adalah dua pemain peringkat tinggi terbaik, dan kami gembira untuk memiliki mereka,” kata Klopp.

    Lebih dari 50,000 peminat turun di Stadium Olympia, Berlin untuk mengalu-alukan Klopp dan Liverpool, kebanyakan mereka yang hadir adalah dari pesta peminat yang dilangsungkan di kawasan stadium waktu petang.

    Klopp, yang melemparkan senyuman dengan aksinya kembali ke Berlin hujung minggu ini, juga mengongsikan pelukan bersama mascot Hertha sebelum perlawanan. Perlawanan persahabatan pra musim, disusun bagi meraikan ulang tahun ke-125 kedua buah kelab, dilangsungkan pada akhir minggu pesta di seluruh ibu negara Jerman bagi Hertha. Namun kunjungan Klopp dan Liverpool selalu menjadi tumpuan keraian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda