LONDON, 2 Julai – Musim pertama pemain antarabangsa Mesir, Mohamed Salah yang menakjubkan bersama Liverpool telah menyebabkan penjaring terbanyak Liga Perdana itu diberikan kontrak jangka panjang hari ini.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, penyerang berusia 26 tahun itu yang menjaringkan 44 gol dalam 52 penampilan musim lepas menandatangani perjanjian tersebut menunjukkan tahap kepercayaan kelab menuju era kejayaan.
Gol Salah memainkan peranan yang penting di Liverpool selepas mara ke final Liga Juara-Juara menentang Brazil.
Salah kembali beraksi buat kali pertama dalam tempoh tiga minggu menentang Rusia di Piala Dunia dalam perlawanan peringkat kumpulan.
Kontrak baharu itu telah menunjukkan dua perkara yang jelas, kepercayaannya terhadap Liverpool dan kepercayaan kami terhadapnya,” menurut Klopp menerusi laman sesawang Liverpool.
“Saya rasa berita ini dilihat sebagai hadiah kepada pemain yang mempamerkan aksi mantap dan menyumbangkan sesuatu kepada pasukan dan kelab musim lepas,” kata Klopp.
“Kami mahu pemain berbakat melihat mereka mendapat tempat di Anfield di mana ia boleh memenuhi impian profesional dan cita-cita, kami berusaha keras untuk mencapainya.
“Apabila pemain seperti Mo Salah melakukan dan berkata tempat ini adalah ‘rumah saya’, ia nampak dengan jelas.
Salah tersenarai sebagai penjaring kedua terbanyak satu musim dalam sejarah Liverpool, hanya tiga di belakang rekod Ian Rush yang mengumpul 47 gol dan mengatasi jaringan Roger Hunt sebanyak 42 gol. – AFP