LONDON, 23 MEI – WhatsApp membenarkan pengguna menyunting teks, sehingga 15 minit selepas mereka menghantar mesej.
Aplikasi sembang popular tersebut mengumumkan dalam catatan blog kelmarin bahawa pengguna boleh membetulkan ejaan yang salah, menambah lebih banyak butiran atau sebaliknya menukar perkara yang telah mereka hantar kepada rakan, keluarga dan rakan sekerja.
Keupayaan untuk menyunting mesej telah mula dilancarkan kepada orang ramai di seluruh dunia dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang, menurut syarikat yang dimiliki oleh induk Facebook, Meta.
Untuk membetulkan teks, tekan dan tahan mesej yang dihantar dan pilih ‘edit’.
Selepas perubahan dibuat, ia kemudiannya akan memaparkan perkataan ‘edited’, tetapi mereka yang menerima mesej tersebut tidak akan dapat melihat sejarah penyuntingan, kata WhatsApp. – AP
