Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saleem semakin bersemangat beraksi dipentas

    SELEPAS beberapa minggu menjadi ‘tetamu’ hospital, penyanyi Saleem (Iklim) akhirnya sembuh dari penyakitnya dan sudah boleh membuat persembahan yang dijangkakan pada bulan depan.

    Isterinya Juriah Bachok berkata keadaan suaminya kini boleh dikatakan sudah 90 peratus pulih dan buat masa ini, Saleem hanya berehat di rumah sejak dibenarkan pulang pada dua minggu lalu dari Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

    “Dia akan memulakan persembahan semula pada 5 Ogos ini di Rawang, Selangor sempena Hari Koperasi. Boleh dikatakan keadaan Saleem sudah pulih hampir 90 peratus. Alhamdulillah, dia dah boleh makan dan minum seperti biasa cuma nak bercakap tu susah sikit.

    “Tekak masih sakit sebab telan ubat-ubatan banyak sangat. Dalam persembahan di Rawang nanti paling banyak Saleem akan nyanyi tiga buah lagu sahaja,” kata Julia.

    Dalam pada itu katanya, Saleem atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed, 55, masih dalam pemantauan doktor dan perlu menjalani rawatan susulan ketumbuhan di bahagian bawah perut dan peha selama dua minggu di hospital berkenaan.

    Saleem akan kembali membuat persembahan.
    Saleem akan kembali membuat persembahan.

    Menurut Julia, jika ketumbuhan tersebut tidak boleh hilang dengan makan ubat, Saleem perlu melakukan pembedahan.

    “Buat masa ini Saleem masih bergantung pada ubat-ubatannya. Saleem juga perlu pergi ke hospital bagi rawatan susulan selama dua minggu.

    “Jika dalam tempoh tersebut ketumbuhan yang dialami tidak dapat sembuh dengan ubat, dia kena melakukan pembedahan,” ujarnya.

    Saleem dimasukkan ke PPUM pada 4 Julai lalu akibat demam panas hampir sebulan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda