Thursday, March 13, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salesforce rancang labur AS$1 bilion di Singapura

    SINGAPURA, 12 MAC – Gergasi perisian awan Amerika Syarikat, Salesforce berkata pada hari ini ia merancang untuk melabur AS$1 bilion di Singapura dalam tempoh lima tahun akan datang bagi meningkatkan penggunaan ejen kecerdasan buatan (AI) dalam tenaga kerja.

    Negara kota itu semakin beralih kepada teknologi untuk menyelesaikan masalah tenaga kerjanya ketika ia bergelut untuk menangani penurunan kadar kelahiran dan populasi yang semakin tua.

    Pelaburan itu bertujuan untuk mempercepatkan penerimaan di Singapura dan wilayah Agentforce, yang membolehkan perniagaan mencipta dan mengurus ejen AI yang direka untuk melaksanakan tugas secara bebas seperti jualan, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran.

    Tidak seperti chatbots yang mengikut skrip ditetapkan, ejen AI lebih maju kerana ia boleh berfikir, membuat keputusan dan mengambil tindakan serta menyelesaikan tugas seperti membuat janji temu atau memproses permintaan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda