Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salji di Alps cair lebih awal akibat perubahan iklim

    LONDON, 26 FEB – Perubahan iklim mengakibatkan salji di pergunungan Alps mencair serta mendorong perubahan musim yang mendadak, lapor agensi berita Xinhua memetik kajian Universiti Manchester.

    Pergunungan Alps menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia ke resort ski di kawasan banjarannya yang diliputi salji.

    Namun, menurut kajian itu salji musim bunga di Pergunungan Alps mencair lebih awal tahun ini akibat perubahan iklim yang juga mendorong perubahan mendadak terhadap ekosistem gunung.

    “Perubahan ini boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi ekosistem ini,” kata penyelidik.

    Penyelidikan terbaru itu menunjukkan fungsi mikroorganisma tanah di Alps terancam akibat peningkatan suhu global ekoran perubahan iklim yang berterusan.

    Mikroorganisma tanah menyokong kehidupan di permukaan tanah kerana ia mengitar semula nutrien utama yang penting bukan sahaja untuk haiwan dan tumbuhan juga kepada manusia. Ia turut mengawal jumlah karbon tersimpan di dalam tanah, yang membantu mengurangkan pemanasan global.

    Kajian itu menambah: “Pada musim sejuk, mikroorganisma tanah Alps bergantung pada salji untuk bertindak sebagai penghalang penebat, membolehkan ia terus bekerja sepanjang musim sejuk. Namun, dianggarkan salji musim sejuk Alps akan mulai mencair lebih 100 hari lebih awal berbanding sekarang pada akhir abad ini.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda