Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Salji lebat jejas lalu lintas, kelas dibatalkan

    BEIJING, 21 FEB — Salji lebat menyelimuti bahagian utara dan tengah China, mengganggu lalu lintas dan memaksa sekolah membatalkan kelas.

    Penerbangan dan lalu lintas kereta api antara bandar yang bergantung kepada kebanyakan penumpang China ditangguhkan atau dibatalkan hari ini. Pihak berkuasa di 3ilayah Hebei, Henan dan Shandong telah mengeluarkan amaran bahaya perjalanan dan bahaya cuaca sejuk yang lain.

    Puluhan ribu pekerja dengan penyapu dan penyodok telah dikerahkan, dibantu oleh bajak salji di kawasan yang paling teruk dilanda.

    Beijing, yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim sejuk tahun lalu, menyaksikan suhu sekitar beku.

    Tiada kematian akibat gelombang sejuk terbaru dilaporkan.- AP

    Gambar menunjukkan seorang pekerja menggunakan penyodok untuk membersihkan salji berhampiran Kota Larangan di Beijing.- AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...