Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Salji pertama turun selepas lebih 700 hari

    NEW YORK, 17 JAN – New York kelmarin akhirnya menamatkan rekod lebih daripada 700 hari berturut-turut tanpa salji yang boleh diukur, dengan lapisan nipis salji meliputi Central Park dan bahagian lain di bandar paling ramai penduduk di Amerika itu.

    “Sudah 701 hari sejak Central Park kali terakhir merekodkan salji seinci pada satu hari dalam kalendar,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) di X.

    Sejak tengah malam semalam, satu inci salji telah turun pada titik pengukur rasmi di Central Park, kata NWS, sambil menambah bahawa sejumlah 1.4 inci pengumpulan telah direkodkan sejak ribut bermula pada Isnin.

    “Rekod ini telah berakhir!” katanya.

    Bahagian lain di bandar tersebut seperti Brooklyn sedang membersihkan salji dari kaki lima selepas cuti hujung minggu yang panjang. Di pinggir bandar utara, beberapa sekolah ditutup dan pengangkutan awam mengalami sedikit kelewatan.

    New York rumah kepada 8.5 juta orang tidak pernah melihat salji yang ketara sejak awal 2022. – AFP

    Seorang penduduk berjalan melalui salji di Brooklyn Borough di New York pada 16 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...