HELSINKI – Turunan salji tebal melanda sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Helsinki-Vantaa baru-baru ini, sambil sejumlah pengunjung mengalu-alukan sepasang panda gergasi dari China, kelihatan memakan batang buluh di dalam dua kotak kaca lutsinar.
Kotak-kotak itu telah ditarik menggunakan sebuah kenderaan, sementara 60 wartawan dan jurugambar telah merakamkan proses-proses tersebut.
Ia kemudian dimuatkan ke dalam sebuah trak kontena dan diangkut sejauh 300 kilometer jauh ke utara iaitu Zoo Ahtari, di mana pasangan itu akan tinggal selama 15 tahun.
Panda jantan, Hua Bao, dan panda betina, Jin Baobao, adalah pasangan panda gergasi China pertama yang telah tiba di Nordik. Jukka Salo, seorang pakar panda gergasi dari Zoo Ahtari, berkata zoo berkenaan telah membuat persiapan khas bagi pendatang baru, termasuklah pemasangan cahaya semasa musim sejuk yang panjang.
Salo berkata dia merasa lega apabila dia melihat Hua Bao dan Jin Baobao berada dalam keadaan baik selepas tiba di lapangan terbang tersebut.



“Apa yang dilakukan oleh panda jantan itu? Ia hanya memakan buluh dengan gembiranya,” kata Salo, sambil menambah bahawa panda betina tersebut begitu aktif, yang mana “suatu petanda yang baik.”
Salo sangat optimis bahawa pasangan itu akan cepat menyesuaikan dirinya di zoo berkenaan, yang mana dia percaya adalah “tempat terbaik bagi panda-panda gergasi untuk terus hidup di dunia ini” selepas tempat asal habitatnya di China.
Finns telah memberikan kedua-dua panda ini dengan nama samaran berbahasa Finland iaitu ‘Pyry’ dan ‘Lumi’, yang bermaksud ‘turunan salji tebal’ dan ‘salji’.
Secara kebetulan, salji telah turun dengan lebatnya di Scandinavia sebelum kedatangan panda itu, yang “nampak seperti satu petanda selamat datang,” kata Duta Besar China ke Finland, Chen Li.
“Walaupun masyarakat Cina telah melihat panda gergasi sepanjang kehidupan mereka. Namun mereka jarang melihat panda bermain-main dengan salji, dan panda berada di salji akan menjadi satu panorama yang unik di Zoo Ahtari,” kata Chen, sambil menambah bahawa kedatangan panda gergasi ini akan menggalakkan pertukaran pengetahuan dan idea antara kedua-dua masyarakat tersebut.
Finland menerima sepasang panda gergasi pertama di wilayah Nordik adalah sebagai tanda persefahaman antara Finland dan China yang mana telah mencapai tahap yang sangat tinggi, kata Menteri Pertanian dan Perhutanan Finland, Jari Leppa.
Leppa berkata beliau berharap kerjasama penyelidikan mengenai panda gergasi di Zoo Ahtari akan memupuk lebih banyak kerjasama saintifik, ekonomi dan budaya antara pakar-pakar, institut dan juga perusahaan Finland dan China.
Mewakili Pentadbiran Perhutanan China, ketua jurutera Ma Guangren berkata lebih banyak negara di dunia ini akan bekerjasama dengan pihak berkuasa China mengenai perlindungan dan penyelidikan panda gergasi.
Berkat usaha yang dilakukan di China dan di seluruh dunia, habitat panda gergasi di China telah berkembang menjadi 2.58 juta hektar.
Pada masa ini, sejumlah 1,864 panda gergasi hidup di alam liar dan 518 telah dijaga rapi di dalam kurungan di China, katanya.
Rundingan mengenai panda gergasi antara Finland dan China bermula pada tahun 2015 dan menyaksikan kemajuan yang baik, kata Kementerian Pertanian dan Perhutanan Finland dalam satu kenyataan akhbarnya.
Dokumentasi mengenai penyelidikan bersama mengenai panda gergasi di Zoo Ahtari telah disahkan pada bulan April 2017 ketika Presiden China Xi Jinping melawat Finland.
Sebuah rumah panda gergasi, yang meliputi 10,000 meter persegi telah dibina di Zoo Ahtari selama 11 bulan untuk menampung kehidupan haiwan tersebut.
Ia akan dipertontonkan kepada orang ramai pada akhir bulan Februari nanti semasa perayaan musim bunga China. – Xinhua